Mengimbas kembali sepanjang saya menjalani rawatan IVF pada 13 April 2013.
Sekurang2 nya dapat share jika ada member yang bakal menjalani rawatan IVF atau sadang memikir2 samada nak buat IVF ...
(1) Pertama : Kewangan perlu sangat2 ada...
Kami mengerah keringat untuk mencari $ demi "sikecik comei"
maklumlahkan rawatan IVF ni memerlukan kos yang tinggi. kerana rawatan IVF ni risiko.
Ini antara ubat yang perlu diambil.
(Kos ubat saya lebih kurang RM 7000 & Kos rawatan saya RM 7000)
(2) Kedua : Persediaan mental dan fizikal
Ini yang paling mencabar.
Hari2 kena mkn ubat dan enjection. Badan saya semakin lemah. Ditambah plak saya mengalami OHSS. Perut terlalu tegang. Buncit macam pregnent 3 bulan. Sakit nyer.... Badan dan tekak terasa kering. Saya tak boleh jalan sangat. Nak tido sukar. Badan kejap panas kejap sejuk. Darah tinggi semakin naik.
Tiba2 saya disahkan mengalami simpton OHSS (Ovarian hyperstimulation syndrome ).
Ya Allah... Hanya Engkau Maha mengetahui derita dan kesakitan yang ku alami sepanjang proses rawatan IVF.
Hati kene kuat . Semangat kena kuat sangat sangat.
Sebenarnya saya tak sanggup menghadapi kesedihan. Tapi akhirnya ia berlaku juga pada saya. Ya Allah perit nya hati ni. tapi memang kena terima.
Suami & keluarga kekuatan semangat saya. Saya bersyukur kerana ader mereka.
Selepas pemindahan embrio dalam rahim... segala aktiviti terpaksa dihentikan demi menjaga "sikecik comei" ni.
Dilayan bak permaisuri hehehehe suke suke suke :)
NI LAH SERBA SEDIKIT PENGALAMAN SEPANJANG MENJALANI RAWATAN IVF
Org lain tak akan memahami ape yang saya lalui..hati, perasaan dn emosi hanyut dlm kesedihan dan kesakitan.. Hanya saya sendiri mencari kekuatan dalaman dan luaran.
( Ingat, Kenapa Allah memilih kite mengharungi ujian seperti ini?
Jawapan nya : Sbb Allah tahu org lain tidak sekuat kite. Yerr Saya KUAT mengharungi nye walau kadang saya tersungkur juga. )
Saya masih ingat kata2 dari kawan saya yang mengharungi ujian seperti saya juga :
Allah sebenarnya tidak memberi kita HUJAN malah Allah akan memberi kita PELANGI.
InsyaAllah........

hai akk......labiu...
ReplyDeleteKat mana buat ivf tu? Tengah planning nak buat gak maybe end of this year.....
ReplyDelete