Sunday, 12 May 2013

MeNgHadaPi RawAtAn IVF




Mengimbas kembali sepanjang saya menjalani rawatan IVF pada 13 April 2013.
Sekurang2 nya dapat share jika ada member yang bakal menjalani rawatan IVF atau sadang memikir2 samada nak buat IVF ...


(1) Pertama : Kewangan perlu sangat2 ada... 

Kami mengerah keringat untuk mencari $ demi "sikecik comei"
maklumlahkan rawatan IVF ni memerlukan kos yang tinggi. kerana rawatan IVF ni risiko.


Ini antara ubat yang perlu diambil. 

(Kos ubat saya lebih kurang RM 7000 & Kos rawatan saya RM 7000)

(2) Kedua : Persediaan mental dan fizikal 

Ini yang paling mencabar.
 Hari2 kena mkn ubat dan enjection. Badan saya semakin lemah. Ditambah plak saya mengalami OHSS. Perut terlalu tegang. Buncit macam pregnent 3 bulan. Sakit nyer.... Badan dan tekak terasa kering. Saya tak boleh jalan sangat. Nak tido sukar. Badan kejap panas kejap sejuk. Darah tinggi semakin naik. 
Tiba2 saya disahkan mengalami simpton OHSS (Ovarian hyperstimulation syndrome ).


Ya Allah... Hanya Engkau Maha mengetahui derita dan kesakitan yang ku alami sepanjang proses rawatan IVF.

Hati kene kuat . Semangat kena kuat sangat sangat. 


Sebenarnya saya tak sanggup menghadapi kesedihan. Tapi akhirnya ia berlaku juga pada saya. Ya Allah perit nya hati ni. tapi memang kena terima.
Suami & keluarga kekuatan semangat saya. Saya bersyukur kerana ader mereka.



(3) Ketiga : Penjagaan badan selepas IVF 


Selepas pemindahan embrio dalam rahim... segala aktiviti terpaksa dihentikan demi menjaga "sikecik comei" ni. 
Dilayan bak permaisuri hehehehe suke suke suke :)


NI LAH SERBA SEDIKIT PENGALAMAN SEPANJANG MENJALANI RAWATAN IVF

Org lain tak akan memahami ape yang saya lalui..hati, perasaan dn emosi hanyut dlm kesedihan dan kesakitan.. Hanya saya sendiri mencari kekuatan dalaman dan luaran.


( Ingat, Kenapa Allah memilih kite mengharungi ujian seperti ini?
Jawapan nya : Sbb Allah tahu org lain tidak sekuat kite. Yerr Saya KUAT mengharungi nye walau kadang saya tersungkur juga. )


Saya masih ingat kata2 dari kawan saya yang mengharungi ujian seperti saya juga :
Allah sebenarnya tidak memberi kita HUJAN malah Allah akan memberi kita PELANGI.
InsyaAllah........






Wednesday, 24 April 2013

MaSiH AdE YaNg MeNanTi



pagi ni ader appoiment HUKM. Doktor Natasha discuss semula knp sikecik comei sy bleh kuar plak. Maklumlah kan, sikecik comei sy tu bkn manual,
  penjagaan rapi perlu sgt... 

emmm... Jgn dikenang lg kan. Sesungguhnya sy diantara insan yg dipilih oleh Allah utk menghadapi dugaan ini

Hapuskan air mataku...

........ Sekarang cuma fikir utk hidup kan lg  3 embrio sy yg telah di 

frezee. Emm mereka pun nak hidupkan. 

Tunggu yaa cayang..... Semoga kamu sentiasa dlm keadaan sihat.

Nak tgk tak sikecik comei sy yg baru hehehe
...... Tungguuuuuuuuuuuuuuuu







Tuesday, 23 April 2013

KaMu BuKaN MiLik KaMi

ni lah yg kami gelar "sikecik comei"
hasil dari rawatan anak ivf

maaf gambar terpaksa di kaburkan atas sbb menghormati empunya badan kuikui

hanya 1 ungkapan yg terlintas dihati,  
KAMU BUKAN MULIKKU.

terima kasih kerana kamu hadir walau seketika sahaja.

SABAR lah wahai Hati, Sesungguhnya Allah masih mendugamu. 





Ini LaH FLaSh BaCk SaYa.......

hushhhhhhhh.... takder mood keje. mood dah terbang naik pesawat hukhukhuk ... :( nangis tau...

masih terngiang sewaktu doktor unit kecemsan O&G hukm scan peyot.

"mmg ader bleeding dlm rahim. ambil sample drh utk nak tahu punca dan sbb"

tiada langsung air mata yg keluar hanya mulut terkumat kamit membaca doa dan zikir. dgn ader nyer sedikit hrpn ini, kami tetap berdoa. Allahhuakbar....

Ya Allah, jika ini dugaan yg kau beri pada kami, berikan lah sedikit kekuatan utk kami tempuhi. Jika sikecik ini adalah yg terbaik utk kami kuat kan lah rahim ku, jika sebaliknyer kami redha ia pergi . Amin....

Sunday, 21 April 2013

CaMeRon HigLanD



first time dpt gi Honey moon berdua. yi huuuuuuu.

 setelah 4 tahun berkahwin...
 maklumlah sy ni manantu kesayangn kepada mak ayah mertua sy. hehehe......Kami selalu pergi jejln dgn mereka dari first kahwin gi honeymoon sehingga skrg...

Ni gi Cameron hasil perbincangan kami ok kannn... 


time ni En. Husb sy botak & gelap sesgt kihkihkih.sbb baru habis kursus 3 bulan kat pulada Johor.



tak sah lah kan klu dtg cini tak pergi ladang strawbery.. nyammyyyy


k... sampai dicini jer kisah Kami & Cameron Hingland.

next time ader lg kisah kami honeymoon.
k cauuuu dear..... :)





Saturday, 20 April 2013

KeNanGan TeRinDah


Hanya utk tatapan mata jek...Petua org tua2 kata,

 kite kna sentiasa ingat saat indahkan. Utk  menambahkan lagi ksh syg. kihkihkih

 Ni slh satu ler kenangan kami ...

Dari Album Hati Kami 8 Mac 2008 ....Layannnn !!!!!


Doa ambil keberkatan semoga ikatan perkahwinan berkekalan. InsyaAllah.....

Layan Lagi dr album Hati Kami hik hik hik :)



Layan ni plak yerrrrr :)


Tu jek.... :) Enjoyyyyyyyyyy

SEKIAN







Friday, 19 April 2013

Hello........ & Say Hiiiii..........

Saje nak ader blog sendiri ...sekurang2 nyer dpt cit chat kat cini. Oh ya ...sekadar nak share kisah suka duka kehidupan kami.....hikhiikkk